0% proses membaca
/ Apa itu "scalping"?

Apa itu "scalping"?

Diterbitkan 09 November 2022
Masa membaca 3 Minit
How does trading scalping work?

Description

"Scalping" adalah strategi perdagangan yang berdasarkan kepada penghasilan banyak transaksi jangka pendek dalam tempoh masa yang singkat (contohnya, satu hari) dan setiap satunya bertujuan untuk menjana keuntungan kecil.

Apa yang menjadikan "scalping" menguntungkan?

"Scalping" melibatkan seorang pedagang membuat beberapa dagangan pantas dan mendapat keuntungan daripada volatiliti yang tinggi (turun naik harga) bagi suatu aset. Volatiliti aset yang tinggi di pasaran kripto adalah lombong emas untuk "scalper". Tidak seperti pasaran tradisional, di mana harga berubah dengan sangat perlahan, pasaran mata wang kripto sentiasa bergolak. Tetapi jangan takut, ribut itu boleh difahami dan boleh ditunggang.

What is scalping?

Dengan memberi tumpuan terhadap keuntungan kecil pada setiap perdagangan, seorang "scalper" sentiasa membina sepanjang hari perdagangan itu untuk membuat keuntungan kumulatif dan nyata. "Scalping" kelihatan seperti strategi yang paling menarik untuk perdagangan mata wang kripto dari segi keuntungan yang cepat. Anda harus bersetuju; mengetahui bahawa aset mempunyai volatiliti yang tinggi, anda sentiasa boleh membeli dan menjual dan masih boleh mengharapkan keuntungan yang terjamin. Oleh itu, walaupun pada waktu siang yang tenang dan, katakanlah, trend sisi yang tenang, sebilangan besar dagangan yang panjang dan pendek boleh dibuat pada siang hari. Perkara utama adalah untuk menangkap saat yang tepat, menggunakan kaedah analisis teknikal dan mengikuti isyarat penunjuk (contohnya, RSI).

Mari kita ringkaskan – dalam perdagangan mata wang kripto, "scalping" adalah menguntungkan kerana walaupun dalam satu hari terdapat lebih banyak peluang untuk membuat keuntungan yang besar berbanding dalam pasaran tradisional. Prinsip-prinsip asas "scalping"

Seperti yang anda telah tahu, prinsip utama termasuk membuat beberapa transaksi kecil dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa nuansa kepada kenyataan ini:

  • Jangan tamak. Nilah trend dan pilih ambil untung ("take-profit") yang betul. Sebagai contoh, jika anda melihat bahawa harga tidak sepatutnya menjadi lebih tinggi tidak lama lagi, tetapi anda faham bahawa kenaikan (walaupun kecil) tidak dapat dielakkan, adalah lebih baik untuk memperoleh keuntungan yang kecil, tetapi dijamin.

  • Ingat risikonya. Pasaran kripto yang sangat mudah berubah, walaupun tertakluk kepada metodologi penilaian asas berbanding dengan pasaran tradisional, kadang-kadang tidak dapat diramalkan. Jadi sentiasa lindung nilai dana anda dengan henti rugi. Anda perlu ambil perhatian bahawa henti rugi telah ditetapkan secara automatik pada platform EXEX (untuk maklumat lanjut mengenai pengurusan risiko EXEX, lihat artikel kami mengenai topik ini).

Sentiasa tahu segala apa yang sedang berlaku. "Scalping" adalah cara yang cukup memakan masa untuk menghasilkan wang. Hampir setiap masa anda akan perlu memantau carta, turun naik harga, dan mengira masa untuk masuk/buka kedudukan. Seperti seorang pedagang yang suka bergurau, ‘"scalpers" tidak pernah ada hari cuti’.

Dalam semua kegilaan mengenai perdagangan kripto ini, terdapat satu nilai tambah besar untuk golongan pemula dan profesional – EXEX mempunyai sistem pengurusan risiko automatik, pembantu widget yang berasaskan kepada penunjuk RSI, pelbagai mata wang kripto terbaik untuk diniagakan, dan leveraj yang tinggi. Dengan menggunakan leveraj, bersama-sama dengan alat platform yang disenaraikan di atas, anda bukan sahaja akan mempunyai pemahaman yang lebih mudah dan lebih cepat tentang perdagangan, tetapi anda juga akan meningkatkan modal anda.

What is scalping trading strategy?

Jenis-jenis "scalping"

Selain intuisi yang baik, para pedagang suka membuat ramalan mereka menggunakan kaedah berikut:

Analisis fundamental:

Analisis fundamental bermaksud mengkaji latar belakang sesuatu berita. Dalam filem dan program TV, anda mungkin telah melihat bahawa seseorang pedagang itu mempunyai beberapa monitor pada komputer desktop mereka, dan salah satu daripadanya sentiasa menunjukkan saluran berita. Ia sama di sini – terdapat segolongan pedagang yang bermotivasi untuk membuat keputusan mengenai transaksi ini atau itu berdasarkan berita semata-mata.

Contoh tingkah laku sedemikian adalah seperti dalam situasi apabila seorang pedagang memantau akaun Twitter utama peminat kripto, syarikat atau bursa yang terkenal. Jadi (dalam kes baru-baru ini), melihat berita bahawa Tesla telah mula menerima pembayaran dalam syiling DOGE, pedagang menyedari bahawa hal ini: a) mempopularkan mata wang kripto ini, b) meningkatkan jumlah transaksi hariannya, dan c) merangsang pertumbuhannya dengan meningkatkan minat di kalangan pembeli. Pedagang itu kemudiannya menyedari bahawa peningkatan minat dalam Altcoin akan membuatkan harganya meningkat. Pedagang tersebut akan membeli sejumlah kripto itu dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi pada kemuncak perdagangan hari itu.

Analisis teknikal:

Analisis teknikal adalah kajian komprehensif bagi aset kripto dan carta harga. Kita tidak akan mempelajari tentang teknik, kajian corak atau penerangan sokongan serta tahap rintangan (lihat artikel ‘10 istilah POPULAR untuk pedagang kripto yang baru bermula’). Perkara utamanya adalah bahawa para pedagang yang hanya mempercayai visi dan analisis teknikal mereka sentiasa memberi tumpuan terhadap kajian corak pergerakan harga dan membuat keputusan tentang membuka kedudukan perdagangan berdasarkan analisis mereka.

Perdagangan buku pesanan:

Antara muka pertukaran selalunya mempunyai buku pesanan. Di dalamnya, pesanan dalam senarai untuk membeli kripto ditandakan dengan warna hijau dan pesanan untuk menjual ditandakan dengan warna merah. Dengan memeriksa jumlah pesanan dalam buku pesanan secara terperinci, pedagang boleh melihat pesanan mana yang lebih tinggi pada masa itu dan dalam jangka masa pendek. Jadi, melihatkan bahawa terdapat lebih banyak pesanan untuk menjual aset, pedagang itu memahami bahawa aset akan dijual secara besar-besaran, yang bermaksud bahawa harga akan turun, dan oleh itu kedudukan jualan harus dibuka.

Berdagang semata-mata berdasarkan isyarat penunjuk:

Di sini pedagang menggunakan pelbagai penunjuk saham, osilator dan algoritma pintar yang lain. Yang paling popular adalah penunjuk RSI, penunjuk MACD dan beberapa jenis ‘purata bergerak’.

How scalping works in crypto trading

Kesimpulan

Untuk memudahkan metodologi keseluruhan, platform EXEX telah membangunkan antara muka yang unik dengan alat "scalping" yang jelas dan mudah. Terdapat carta kanonik untuk analisis teknikal, pembantu widget berasaskan penunjuk RSI, dan sistem unik bagi keuntungan automatik dan henti rugi.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai bahan latihan kami di bahagian ‘Sekolah Pedagang’ untuk mengukuhkan asas anda bagi membuat keputusan yang betul dan memilih strategi perdagangan yang betul. Ingat, EXEX tidak memberi nasihat perdagangan, terpulang kepada anda untuk memilih jalan dan strategi anda sendiri. Mulakan secara kecil-kecilan dan anda akan sampai ke puncak!

EXEX membolehkan penduduk Malaysia berdagang BTC dengan leverage x500!
advantage-1
advantage-2
advantage-3

Rate article

Thank you for your rating, your vote has been counted

Perdagangan tidak pernah semudah ini
Vilnius, Žalgirio g. 88-101, Lithuania
©Exex
EXEX GLOBAL TRADE, UAB, Registration code 306368695
©Exex
EXEX GLOBAL TRADE, UAB, Registration code 306368695
Vilnius, Žalgirio g. 88-101, Lithuania